bila kebosanan melanda, tercipta la sebuah karya yg ntah pape...
Dalam kesamaran malam, aku masih lagi mencarinya. Meskipun aku tahu yang aku tidak akan bisa menemuinya. Namun aku bukannya seorang perempuan yang cepat berputus asa. Selagi aku bernafas, selagi itulah ku akan mencarinya. Walaupun ia akan mengambil masa beribu tahun untuk berjumpa dengannya. Aku rela ! Aku pasrah ! Aku tidak akan mengalah ! Demi dia seorang lelaki yang sangat aku cintai dan merupakan kekasih awal dan akhirku. Wahai dikau yang ku sayang, walau di mana pun kau berada sekarang, janganlah sesekali kau lupakan diri ini. Sesungguhnya, aku tidak pernah melupakan dirimu. Walaupun dirimu jauh dari mata, tetapi dekat di hatiku ini. Masihkah kau ingat lagu kita dahulu ? Aku sering menyuruhmu agar menyanyikan lagu itu untukku. Betapa aku sangat senang apabila kau menyanyikannya. Setiap bait-bait lirik lagu itu amat menyentuh hatiku. TANPA ! Ya, itulah lagu pertama kita. Aku menyukai lagu ini begitu juga dengan kau. Kita pernah menyanyikan lagu ini bersama-sama. Saat itu aku berasa dunia ini hanya milik kita berdua.
Tanpa..Cintamu aku resah..Tanpa..Kasihmu aku hampa..Tanpa..Dirimu aku mati..
Ya ! Sememangnya tanpa cintamu aku resah gelisah. Tanpa kasihmu aku hampa merana. Dan tanpa dirimu juga hidupku seakan tiada erti.. Kau memberi impak yang besar dalam hidupku. Andai ditakdirkan kau bukanlah untukku, aku hanya mampu berserah. Aku tidak boleh menyalahkan sesiapa kerana itu adalah takdir yang harus kita terima. Tetapi, andai kata kau adalah jodohku. Aku tidak akan pernah berhenti mencintaimu. Rasa cinta ini akan sentiasa mengalir dalam hatiku tanpa henti umpama air sungai yang mengalir selamanya. Begitu juga cintaku ini terhadapmu. Aku sering membayangkan kita hidup bahagia bersama. Kita menikah dan kau menjadi seorang suami yang sangat penyayang, bertanggungjawab dan berdedikasi. Aku amat beruntung dan bahagia menjadi isterimu. Namun, semua itu hanya angan-angan yang belum tentu aku boleh kecapi. Itu hanyalah khayalan semata-mata. Realitinya, kau pergi meninggalkan aku tanpa pamitan. Kau lesap tanpa dapat aku kesan. Betapa sakit dan pedihnya hati ini saat kau pergi meninggakkan aku. Kau pergi tanpa sebarang alasan. Adakah aku yang bersalah ? Aku sendiri tidak tahu. Sebelum ini hubungan kita baik-baik sahaja. Kau pergi dengan tiba-tiba dan membuatkan hatiku tersiksa. Namun, aku tidak pernah menyalahkanmu. Malah, aku setia menunggumu hingga ke saat ini. Mungkin kau mempunyai alasan yang tertentu sehinggakan kau pergi begitu sahaja tanpa menjelaskan apa-apa kepadaku. Aku hanya mampu berdoa supaya kau baik-baik sahaja walau di mana pun kau berada. Aku teringat sebuah lagu yang juga menjadi lagu kegemaran kau dan aku. BAIK-BAIK SAYANG ! Semoga hidupmu sentiasa bahagia.
Hanya satu pintaku..Untukmu dan dirimu..Baik-baik sayang..Ada aku untukmu..
ADA AKU UNTUKMU. Ya, sememangnya kau selalu ada untukku.. Dulu, di awal perhubungan kita. Kau tidak pernah lupa untuk menghubungiku. Setiap hari, setiap jam, setiap minit, setiap saat dan setiap detik pasti kau tidak lupa untuk mengirimkan pesanan kepadaku. Aku berasa sangat beruntung kerana memiliki seorang teman sepertimu. Kau sering mengambil berat dan menasihatiku. Kau menganggapku seperti anak kecil yang masih perlu di kawal 24 jam. Mungkin sesetengah orang akan berfikir yang kau terlalu mengongkong aku. Tetapi, aku tidak pernah berasa terkonkong dengan cara kau melayan aku. Malah, aku lebih suka diperlakukan seperti itu kerana berasa lebih dihargai dan disayangi. Kaulah lelaki pertama yang mengajarku erti cinta dan telah berjaya mencuri hatiku. Perlu kau tahu bahawa kaulah CINTA PERTAMAKU ! Sungguh aku sangat mencintai dan menyayangi dirimu dan aku tahu yang kau juga mempunyai perasaan yang sama sepertiku. Tetapi, lama-kelamaan aku merasakan ada jurang diantara kita. Hari berganti hari, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun, kau semakin jauh dariku. Kau jarang menghubungiku lagi. Aku tidak dapat lagi merasakan hangat cintamu seperti dulu. Namun, cintaku terhadapmu semakin lama semakin hangat hingga mampu membakar diriku. Aku selalu berdoa dan berharap agar kau akan selalu berada disisiku dan tidak akan pernah meninggalkanku. Tapi sayang, kau pergi jua. Kau langsung tidak menghubungiku. Aku semakin takut ! Adakah kau benar-benar pergi meninggalkan diriku ? Sayang... KENAPA ? KENAPA ? KENAPA ? Kenapa kau tega memperlakukan aku seperti ini. Apakah aku tidak cukup sempurna untuk menjadi pendamping hidupmu ? Kalau ya jawapanmu, aku rela melepaskan dirimu.. Memang aku tidak cukup sempurna. Semoga kau berjumpa dengan perempuan yang benar-benar sempurna. Tetapi, perlu kau ketahui sayang yang cintaku hanyalah untuk dirimu seorang. Tidak akan ada lelaki lain yang bisa mengetuk pintu hatiku lagi. Kau adalah cinta pertama dan terakhirku.
Yang setia menantimu,
******
p/s : tiada kena-mengena ngn spe2 pon okay ! rekaan semata-mata.. hehe maafkan kesilapan tatabahasa, perkataan dan ejaan yg tak berapa btol tu.. haha
dah3 !
jari dah lenguh dah nie.. hehehe
tatash ! muah !